Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan Merdeka diselaraskan

merdeka

Putrajaya: Acara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 akan diselaras mengikut kesesuaian berdasarkan panduan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghormati tragedi pesawat MH370 dan MH17.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata acara itu akan diadakan dalam suasana berkabung dengan mengambil kira perasaan keluarga mangsa.

Katanya, semua cadangan mengenai acara sambutan itu masih pada peringkat perbincangan dan akan dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Umpamanya, Konsert Sudirman Chow Kit Road 2.0 dijadualkan berlangsung selama tiga hari, lagu yang didendang dalam konsert berkenaan mestilah berunsur ketuhanan dan menonjolkan sikap patriotik cintakan negara.

“Bagi stesen radio kerajaan dan swasta pula, kementerian akan mengeluarkan senarai lagu yang boleh dimainkan ketika sambutan kemerdekaan nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bahan promosi Hari Kemerdekaan Ke-57 bertema ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar, yang menerima bahan promosi Hari Kemerdekaan ke-57 bagi pihak syarikat. Shabery berkata, selain menyelaras beberapa acara, kementerian juga membatalkan konsert Harmoni Uniti yang menggabungkan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.

Komen


Berita Berkaitan