Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Tawau, Sabtu ini

9:03pm 07/01/2016 Ann Vivien 145 views Isu Semasa,Tempatan
Tawfiq dijangka meresmikan acara tersebut

Tawfiq dijangka merasmikan acara tersebut

TAWAU: Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ismail Mayakob berkata, lebih 60 kontinjen bakal mengambil bahagian di dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016 peringkat daerah pada Sabtu ini (9 Januari 2016).

Sehubungan itu, beliau menjemput umat Islam di Tawau dan sekitarnya agar hadir memeriahkan sambutan tersebut yang akan bermula jam 7.30 pagi di perkarangan bangunan MPT.

“Perarakan itu akan menuju ke Dewan Masyarakat Tawau untuk acara-acara seterusnya yang sudahpun kita atur, antaranya pertandingan sepanduk, persembahan nyanyian lagu-lagu nasyid dan ceramah keagamaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sambutan, memberitahu, pihaknya menjemput penceramah agama terkenal daripada negara jiran, Indonesia iaitu Ustaz Muhammad Nur Maulana atau lebih dikenali sebagai Ustaz Maulana untuk segmen ceramah agama.

Menurutnya, acara itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Turut dijadual hadir, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd Arif.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan