Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Maulidur Rasul pemangkin perpaduan ummah

4:42pm 09/01/2016 Ann Vivien 15 views Isu Semasa,Tempatan
Tawfiq, Ariffin, Muis bersama kontenjin yang mengambil bahagian berarak menuju ke Dewan Masyarakat Tawau

Tawfiq, Ariffin, Muis bersama kontenjin yang mengambil bahagian berarak menuju ke Dewan Masyarakat Tawau

TAWAU: Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan pemangkin melahirkan kesedaran tentang peri pentingnya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam, selain menjadi manifestasi dalam menunjukkan rasa kecintaan terhadap junjungan mulia itu dalam segenap aspek keperibadian baginda yang unggul.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, perpecahan sesama umat Islam yang berlaku hari ini sama ada di dunia atau dalam negara,  bukan sahaja merugikan malah menyebabkan agama lain tidak lagi menggeruni pemerintahan sesebuah negara Islam.
Katanya, banyak masalah yang timbul dan melanda umat Islam hari ini kerana mereka tidak mencontohi perjuangan dan kepimpinan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar umat Islam kembali bangkit menjana perjuangan sebenar dan mentransformasikan diri mencapai matlamat kejayaan di dunia dan akhirat mengikut garis panduan yang dibawa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob.
Tambahnya, umat Islam juga perlu sentiasa menyediakan diri dengan kemahiran dunia maya khususnya dalam menangkis pelbagai fitnah dan propaganda pihak tertentu yang disebarkan melalui  laman-laman sosial.
“Ini bukan sahaja propaganda dan fitnah terhadap agama malah kepada pemerintah, justeru kita sebagai umat Islam perlu bijak untuk menilai segala maklumat yang disebarkan khasnya melalui media sosial,” katanya.
Program sambutan Maulidur Rasul 2437 hijrah kali ini turut diserikan dengan penampilan penceramah terkenal dari negara jiran Indonesia, Ustaz Muhammad Nur Maulana.
Kira-kira hampir 10 ribu masyarakat Islam di daerah ini hadir memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1437 hijrah peringkat Perbandaran Tawau.
Sambutan dimulakan dengan perarakan melebihi 70 kontinjen dari Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ke Dewan Masyarakat Tawau.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan