Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar mengajak ke arah membuat perubahan yang lebih baik

3:46pm 02/10/2016 Leolerry Lajius 54 views i-Muslim,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Sambutan Maal Hijrah bukan sekadar mengajak ke arah membuat perubahan yang lebih baik tetapi juga untuk memantapkan dan memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara sesama umat islam.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, sambutan ini jelas membuktikan semangat dan iltizam untuk terus menghayati semangat hijrah yang terkandung dalam peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

“Kejayaan hijrah Baginda telah berjaya menyatukan seluruh umat Islam di Madinah sekaligus membentuk kesatuan ummah yang mantap dan kukuh, yang akhirnya berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang maju, aman dan makmur.”

“Sehubungan dengan itu tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah perlu kita fokuskan kepada usaha-usaha memantapkan perpaduan dan penyatuan ummah,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah, di Dewan Sri Putatan, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan dalam memantapkan kesatuan ummah bagi menjana pembangunan negara, tuntutan sambutan Maal Hijrah haruslah dilihat daripada perspektif yang lebih luas dan menyeluruh.

“Apa yang pasti, kejayaan membangunkan sesebuah negara yang memiliki kepelbagaian bangsa dan agama seperti negara kita memerlukan penyertaan dan komitmen daripada seluruh lapisan rakyat.”

“Semangat dan budaya ini lah yang menjadi amalan kita di Sabah selama ini, yang memberi ruang untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan berbakti untuk kesejahteraan dan kemakmuran kita bersama,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Musa ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Musa ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan