Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Krismas untuk semua lapisan masyarakat

11:33pm 16/12/2015 Leolerry Lajius 225 views Tempatan
Antara persembahan pementasan ketika karnival tersebut. -Gambar Oleh Alexion Mairin

Antara persembahan pementasan ketika karnival tersebut. -Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: Malam kedua Karnival Krismas Gaya yang bertemakan malam perpaduan membuka tirainya dengan kunjungan ribuan pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama kepercayaan termasuk pelancong dari luar negara.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, negeri Sabah yang mempunyai lebih daripada 35 kumpulan kaum etnik, dikenali sebagai ‘perfect role model’ kepada perpaduan kaum di Malaysia yang telah sekian lama wujud.

“Sedikit masa dahulu sambutan krismas biasanya dikaitkan dengan masyarakat beragama kristian sahaja namun, dalam konteks 1Malaysia sambutan krismas kini menjadi satu kalendar kerairan rakyat Malaysia seperti juga perayaan-perayaan lain, “katanya ketika berucap melancarkan malam kedua karnival tersebut di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Suasana pengunjung dan penjual di kawasan gerai jualan karnival tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

Suasana pengunjung dan penjual di kawasan gerai jualan karnival tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

Tambah beliau, semangat perpaduan dan hormat-menghormati di kalangan orang Sabah yang terjalin secara semula jadi telah banyak menerima pujian berkat sifat toleransi masyarakat di negeri ini yang telah dipupuk sejak awal lagi.

Kerjasama Sabah Council of Churches dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menganjurkan program sebegini, berupaya menghasilkan produk pelancongan yang mampu melonjakkan Bandaraya Kota Kinabalu ke persada dunia.

“Acara ini juga memberi peluang kepada warga Bandaraya untuk berinteraksi dan sama-sama meraikan karnival krismas gaya sepanjang karnival ini diadakan,”katanya.

Karnival itu yang diadakan sehingga 18 Disembar nanti, menyajikan pelbagai rancangan pementasan yang menarik dan gerai jualan untuk orang ramai.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Abidin menyampaikan cenderahati kepada Datuk Joseph. -Gambar Oleh Alexion Mairin

Datuk Abidin menyampaikan cenderahati kepada Datuk Joseph. -Gambar Oleh Alexion Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan