Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Jubli Perak Umno Sabah Sederhana, Namun Meriah

umno-sabah

KOTA KINABALU : Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah bertemakan ‘Terus Berjuang’ hari ini, disambut secara sederhana namun meriah dengan kehadiran ramai pemimpin lama dan baharu parti berkenaan.

Majlis sambutan di Bangunan UMNO Sabah itu, dimulakan dengan upacara menaikkan bendera UMNO, diikuti ucaptama oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa bersama pemimpin lama dan baharu UMNO, seterusnya memotong pulut kuning, disusuli tayangan klip video mengenai sejarah perjuangan UMNO Sabah sejak penubuhannya 25 tahun lepas, sambil diiringi dengan deklamasi sajak.

Musa, kemudian menyampaikan sijil dan memento penghargaan kepada pengasas UMNO Sabah termasuk pemimpin yang sudah meninggal dunia seperti Tun Ghafar Baba, yang diwakili Abdul Rahman Ahmad, manakala Tun Datu Mustapha Datu Harun oleh anaknya Datuk Amir Kahar.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan