Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan Hari Wanita Di Sabah Pada 6 Sept

hari wanita

KOTA KINABALU– Pelbagai program disusun sepanjang sambutan Hari Wanita peringkat negeri bertemakan ‘Wanita Pendukung Aspirasi Negara’ bermula 1 Sept sehingga 6 Sept depan di Sandakan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kemuncak sambutan adalah penganugerahan Tokoh Wanita Negeri, Wanita Cemerlang Negeri dan Persatuan Wanita Cemerlang di Sabah pada 6 Sept ini.

“Sambutan Hari Wanita ini akan dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 6 Sept,” katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata penganugerahan itu merupakan tanda pengiktirafan, keprihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat, negeri dan negara.

Katanya sambutan itu juga memberi galakan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor ekonomi, politik dan sosial merangkumi bandar dan luar bandar.

Jainab berharap golongan wanita di negeri ini akan terus gigih untuk meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang.

Komen


Berita Berkaitan