Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan hari raya Ketua Menteri bersama Jemaah Menteri Sabah

Musa ketika membuat tinjauan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa ketika membuat tinjauan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah bersama Jemaah Menteri yang akan diadakan pada hari raya kedua nanti.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata, beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang telah dilaksanakan sempena majlis berkenaan dan turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai sempena majlis tersebut.

“Saya amat berpuas hati dengan persiapan yang telah dilaksanakan dan saya juga ingin menjemput orang ramai untuk sama-sama memeriahkan majlis ini,”katanya kepada media ketika membuat tinjauan di persiapan sambutan berkenaan di Kompleks Sukan Likas, hari ini.

Tambah beliau, sambutan perayaan seumpama ini merupakan platfrom masyarakat majmuk di negeri ini untuk mengeratkan silaturahim masing-masing.

“Melalui sambutan perayaan seumpama ini, masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,”katanya.

Pada tahun lalu seramai lebih kurang 35 ribu orang pengunjung yang datang memeriahkan sambutan berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

sdgh

Komen


Berita Berkaitan