Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan Hari Pengguna Nov 28

Datuk Jainab Ahmad Ayid
Datuk Jainab Ahmad Ayid

KOTA KINABALU- Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri 2015 akan diadakan pada Nov 28 ini di Perkarangan Wisma Wanita,

Sambutan ini  bertujuan untuk meraikan individu dan kumpulan yang telah memberi sumbangan dalam mempejuangkan hak-hak pengguna kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid kepada media dalam sidang akhbar sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri 2015, petang tadi.

 

Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Objektif program ini adalah untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa aktiviti kepenggunaan sememangnya tidak dapat dipisahkan dari masyarakat” katanya.

“Masyarakat juga perlu peka akan hak-hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna”, tambahannya lagi.

Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari itu diantaranya pertandingan memasak menu sihat, acara pentas hiburan oleh Kumpulan Busker dan artis tempatan dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Gerai usahawan juga akan dibuka sepanjang program tersebut dijalankan. Oleh- Elezebeth.E Onjining/ Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan