Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Hari Malaysia Perlu Diadakan Secara Bergilir Di Setiap Negeri

7:23pm 16/09/2016 Pak Roshan 190 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

ronald

BELURAN : Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee mencadangkan agar tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia diadakan bergilir-gilir dengan negeri lain dan tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak seperti kebiasaan.

Anggota Parlimen Beluran itu berkata ini akan mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sambutan Hari Malaysia penting untuk dihayati oleh semua rakyat Malaysia bagi meningkatkan semangat patriotisme kepada negara,” katanya pada sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Beluran di sini, Jumaat.

Hadir sama, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman, Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham dan Ketua Pemuda UMNO Beluran Samad Jambri.

Ronald berkata desakan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak terhadap perkara-perkara yang tersirat dan tersurat dalam Perjanjian Malaysia pada 1963 harus ditangani bersama oleh semua rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya perjanjian itu merupakan asas penting dalam pembentukan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar subjek Perjanjian Malaysia dihayati oleh pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Katanya Malaysia akan terus kukuh dan maju jika semangat cintakan negara terus disemai dalam kalangan rakyat Malaysia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan