Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018 PERTAMA KALI BAGI KERAJAAN BAHARU, PENUH MAKNA: SHAFIE

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama Menteri Pembangunan Intrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai ketika mengadakan lawatan di tapak sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia kali ini istimewa dan penuh bermakna yang juga merupakan kali pertama disambut oleh kerajaan baharu di Persekutuan dan Negeri.

“Sambutan kali ini penuh bermakna bagi kita. Kita meraikan ulangtahun pembentukan Malaysia dengan “mood” yang baru,” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditemui semasa meninjau persiapan bagi sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 di Padang Merdeka hari ini.

Sementara itu, beliau melahirkan puas hati dengan persiapan yang sedang berjalan lancar.

Beliau mempunyai kepercayaan terhadap kecekapan semua yang terlibat dalam penganjuran acara sambutan berkenaan khususnya Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan itu Datuk Peter Anthony serta kerjasama dari Mayor Datuk Yeo Boon Hai yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menyusun atur penganjuran seumpama itu.

“Saya lihat semua berjalan lancar dan kita berharap ia dapat dijayakan dengan sempurna pada hari yang ditetapkan Ahad ini. Saya yakin ramai rakyat dari seluruh pelusuk negeri ini akan hadir pada sambutan itu kerana sebagai rakyat Sabah kita perlu meraihkan sambutan ini,” katanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) beramah mesra dengan pelajar sekolah yang akan menjayakan persembahan sempena sambutan Hari Malaysia 2018 ketika melawat tapak sambutan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Semasa tinjauan itu, Mohd Shafie sempat beramah-mesra dengan pemuda-pemudi yang sedang berehat daripada latihan bagi program pada 16 Sept nanti.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan