Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Hari Kesedaran Strok Sedunia Sabtu ini

8:27pm 25/11/2015 Ann Vivien 61 views Isu Semasa,Tempatan
DR. MOHAMMAD (tengah), Penolong Pengarah (Pengurusan) Hospital Tawau, Pang Chun Shong (kiri) dan Pegawai Perhubungan Awam Hospital Tawau, Jusman Hedoh (kanan) menunjukkan bahan promosi program.

Dr. Mohammad  (tengah), Penolong Pengarah (Pengurusan) Hospital Tawau, Pang Chun Shong (kiri) dan Pegawai Perhubungan Awam Hospital Tawau, Jusman Hedoh (kanan) menunjukkan bahan promosi program.

TAWAU: Masyarakat daerah ini tanpa had usia dijemput menghadiri sambutan Hari Kesedaran Strok Sedunia peringkat negeri yang bakal berlangsung di Perpustakaan Wilayah Tawau pada 28 November ini (Sabtu) bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Menurut penyelaras program, Dr. Mohammad Shahruddin, pelbagai program kesihatan bermanfaat bakal diadakan pada hari tersebut seperti forum kesedaran strok yang antara lain akan menerangkan tentang pengenal strok atau angin ahmar.

“Forum itu juga akan menerangkan tentang peranan pembedahan untuk pesakit strok, pengimejan diagnostik untuk pesakit strok, pemakanan yang betul agar hidup lebih sihat, peranan fisioterapi dalam rehabilitasi pesakit strok dan klinik berhenti merokok.

“Selain forum, kita juga akan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, demo masakan sihat, derma darah, kempen derma organ, rehabilitasi (fisioterapi dan cara kerja), kenali ubat anda dan cabutan bertuah,” katanya lagi dalam sidang media di sini hari ini.

Majlis itu dijadual akan dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan