Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI SABAH MERIAH: PETER ANTHONY

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2018 memaparkan kelainan dengan penyertaan pelbagai etnik Sabah dari luar bandar bagi memeriahkan program itu pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony berkata, mereka terdiri daripada suku kaum dari Tuaran, Nabawan, Pitas, Kinabatangan dan Tenom yang mengambil bahagian dalam perarakan bagi kategori persatuan etrik Sabah.

“Hari Kebangsaan Peringkat Negeri hari ini berlangsung dengan meriah. Pada tahun ini kita membuat sedikit kelainan iaitu kita telah masukkan penglibatan semua negeri dan daerah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony pada sidang media selepas Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Kita berpuas hati kerana majlis ini berjalan lancar, kalau kita nampak hari ini, ramai orang di sepanjang lalu lintas menyaksikan acara perbarisan, persembahan nyanyian lagu patriotik dan perarakan kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri yang bertemakan Sayangi Malaysiaku itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Shuryani Shuaib dan Menteri-menteri Kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.

Anthony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri berkata, lebih 10,000 orang memeriahkan acara itu yang diadakan di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan