Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan ‘Earth Hour’ 2017 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada 25 Mac ini

KENANGAN… Yeo (barisan hadapan, tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para panel dan dif- dif jemputan sambil memegang poster “we pledge to support 60+ Earth Hour” dan menunjukkan isyarat bagus. Kelihatan sama, Joannes (barisan hadapan, tiga dari kanan).

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sekali lagi mengadakan sambutan ‘Earth Hour’ 2017 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada 25 Mac ini di Segama Waterfront, dekat sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, sambutan tersebut akan bermula pada jam 2 petang sehingga 10 malam.

“‘Earth Hour’ merupakan acara tahunan yang disambut pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena program ‘Earth Hour’ 2017 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Menurut Yeo, beberapa lampu jalan akan ditutup selama satu jam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

Diantaranya, lampu jalan sepanjang Teluk Likas hingga Jambatan Menara Tun Mustapha dan hingga Bulatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) , kawasan Kompleks Segama- Segama Waterfront- Sinsuran, Jalan Tun Razak, kawasan Pusat Bandaraya hingga Karamunsing Flyover, lampu di bangunan- bangunan DBKK dan Jalan Mat Salleh hingga Pantai Tanjung Aru (first beach).

Bersempena sambutan itu, Yeo berkata, pelbagai aktiviti menarik telah disusun. Antaranya Earth Hotel Night Ride 2017 sejauh 11 kilometer (km).

Jelasnya, acara tersebut dijangka akan disertai seramai 300 orang peserta.

“Acara berbasikal ini akan dilepaskan oleh tetamu kehormat bermula dari hotel Hyatt Regency Kinabalu sehingga ke bulatan Masjid Bandaraya dan kembali semula ke hotel berkenaan,” katanya.

Dalam masa sama, tambahnya, DBKK akan memperkenalkan pertandingan berhias bagi peserta Night Ride yang menggunakan konsep jimat tenaga dalam pencahayaan basikal mereka.

Di samping itu, menurut Yeo, DBKK juga memperkenal tiga pertandingan baharu iaitu pertandingan mereka cipta robot, pertandingan mereka cipta bangunan ikonik dan pertandingan Mister and Miss Creative.

Dalam perkembangan sama, Yeo berkata sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri yang Bertanggungjawab kepada DBKK, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joannes Solidau, Ketua Pemeliharaan Sabah, Tabung Perlindungan Hidupan Liar Sedunia (WWF), Dr. John Tay dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Sabah Electricity Sdn Bhd, Chendramata Sinteh. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan