Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan Deepavali hospis Tawau meriah

8:16pm 17/11/2015 Ann Vivien 14 views Isu Semasa,Tempatan
ADIK TRISHA UTAYAKUMAR, 11, yang menarik perhatian para tetamu dengan bakat tariannya dengan persembahan tarian tradisional Pushpanjali.

Adik Trisha Utayakumar, 11, yang menarik perhatian para tetamu dengan bakat tariannya dengan persembahan tarian tradisional Pushpanjali.

TAWAU: Sambutan Deepavali anjuran lima badan dan persatuan India di sini yang diadakan di Rumah Hospis Tan Sri Lau Geh Poh berlangsung penuh meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan serta kehadiran lebih 300 orang tetamu.

Pengerusi Persatuan Hospis Tawau, Datuk Victor Rajasekran berkata, para tetamu mereka terdiri daripada ahli-ahli persatuan, pesakit kanser, bekas pesakit kanser, kakitangan Hospis serta komuniti India dan Punjabi yang meraikan Festival Cahaya itu.

“Selain makan malam konsep Buffet, kita mengadakan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian tradisional Pushpanjali oleh Trisha Utayakumar yang baru berumur 11 tahun, tarian Bangra oleh kaum wanita dan kanak-kanak serta tiga persembahan tarian oleh para pesakit kanser.

“Kanak-kanak yang hadir turut diberikan Duit Deepavali dan kita juga memberikan 43 hadiah kepada para pemenang cabutan tiket bertuah,” katanya lagi sambil menambah makanan tradisional India seperti muruku dan manisan turut disajikan.

Victor berkata sambutan perayaan itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni meskipun mempunyai pelbagai suku kaum, agama dan kepercayaan.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan