Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan Bulan Kebangsaan & Kempen Jalur Gemilang Penampang 6 Ogos ini

Robert Istidi. Gambar Fail SNT

PENAMPANG: Kemeriahan hari kemerdekaan kian dirasai apabila Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di perkarangan Majlis Daerah Penampang pada 6 Ogos ini.

Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi berkata, untuk program tahun ini, penganjur mempamerkan beberapa kelainan pengisian program antaranya, aktiviti pelepasan belon udara panas sebagai gimik pelancaran.

“Kita teruja apabila diberi kesempatan untuk mengendalikan program itu nanti yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal,” katanya di sini hari ini.

Dalam temubual bersama pemberita, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana berkata, sambutan tersebut bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Sehubungan itu, Robert mengajak orang ramai untuk menghadiri pelancaran program tersebut dan dalam masa sama menggalakkan rakyat negeri ini agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tanda cinta kepada negara.

Katanya, dianggarkan lebihi 1,000 pengunjung bakal memeriahkan suasana majlis pelancaran itu pada Isnin depan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan