Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambutan 100 Tahun Salangit-Rundum 1915

Welly
Welly

TENOM – Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan [email protected] (Pusaka) akan mengadakan Sambutan 100 Tahun Peristiwa Salangit-Rundum 1915 di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini, pada Sabtu ini.

Pengerusinya, [email protected] Antakah berkata, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri ,Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Antara program yang diadakan sempena majlis itu ialah pameran peristiwa Salangit-Rundum 1915, gambar berkaitan, barang antik, kraftangan daripada setiap keluarga besar tujuh jurusan pahlawan Antenom iaitu Sunggulan, Bayur, Bait, Alip, Lantahon, Apoi dan Rikut.

“Selain itu, persembahan kebudayaan sambut tamu dan koir pengisahan perjuangan pahlawan Antenom juga turut memeriahkan majlis tersebut,” katanya kepada media di sini hari ini.

Welley berkata, majlis itu juga diserikan dengan kehadiran para pemimpin terutama dari kaum Murut di pedalaman untuk berkongsi pengalaman merungkai sejarah perjuangan pahlawan Murut tersohor itu. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan