Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sambung semula buru ketua sami

SAMI di kuil Wat Phra Dhammakaya mengiringi anggota pegawai kanan polis memeriksa kuil berkenaan, semalam. – Reuters

Pathum Thani: Polis dengan dibantu tentera semalam menyambung semula usaha mencari ketua sami yang dikehendaki, Phra Dhammajayo, di tiga kawasan kuil Wat Phra Dhammakaya di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI) Paisit Wongmuang berkata, pihak berkuasa kuil membenarkan gerakan mencari itu selepas perbincangan yang diadakan dengan bantuan ketua sami Pathum Thani, Phra Thep Rattanasuthee.

Usaha mencari Dhammajayo dilakukan sejak Februari lalu.

Sami berusia 72 tahun itu yang juga pengasas kumpulan baru Buddha yang dikenali sebagai Dhammakaya dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram, menerima aset curi dan mencerobohi kawasan hutan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan