Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saman tetap saman – Estranged

KUMPULAN Estranged dan penyanyi Indonesia, Jenita Janet, pada sesi rakaman vokal di Taman Tun Dr Ismail. – Foto: Mahzir Mat Isa

 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Estranged tetap meneruskan saman terhadap seorang wanita yang didakwa menipu mereka berhubung tawaran mengadakan konsert di London.

Anggotanya, Solihuddin Hormat atau Din, 33, berkata walaupun sudah memaafkan perbuatannya, tindakan tegas yang masih dalam proses itu diteruskan sebagai pengajaran sekali gus mengingatkan rakan artis lain supaya lebih berhati-hati.

“Buat masa ini, proses mahkamah mengambil sedikit waktu. Kami dimaklumkan, wanita terbabit sedang menjalani hukuman atas kesalahan lain. Selepas ini, kita tunggu penyelesaiannya.

“Kalau boleh, kami tidak mahu melakukan tindakan sebegini. Tetapi negara kita ada undang-undang, jadi biar mahkamah yang menentukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Lambat atau cepat proses itu bukan isu kerana paling penting, kes ini diselesaikan. Kalau boleh, kami pun harap ia dapat dipercepatkan, namun kita perlu ikut saluran yang betul,” katanya kepada BH Online di sini hari ini.

Din berkata demikian ketika ditemui selepas proses rakaman single baharu mereka, Mau, bersama penyanyi dangdut popular Indonesia, Jenita Janet.

Selain Din, kumpulan alternatif rock yang ditubuhkan sejak 2001 itu turut dianggotai Richard Lawrence Gimbang, 35, selaku vokalis dan pemain gitar, Nor Hanafi Noor Hadi, 34.

Pada Januari lalu, kumpulan ini dilaporkan memfailkan saman terhadap Eziana Abdul Aziz, 35, di Mahkamah Tinggi kerana melakukan penipuan berhubung tawaran mengadakan persembahan di Konsert Apple London Music Festival di London pada 25 Disember 2017.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kumpulan itu mendakwa Eziana sebagai defendan menawarkan Estranged untuk mengadakan persembahan di London untuk Apple London Music Festival yang diselenggarakan Apple London Music serta berkaitan dengan syarikat Apple.

Estranged kemudian mendapat tahu, surat jemputan berserta dokumen lain yang berkaitan adalah palsu.

Mereka kerugian sebanyak RM100,000 membabitkan persiapan selama dua bulan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia dan kemeja-T. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan