Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Saman syarikat permainan video

11:51am 23/12/2015 Pak Roshan 3 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Moscow: Seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan dan isteri akibat terlalu kemaruk dengan permainan video terbaru, Fallout 4 yang baru dikeluarkan beberapa minggu lalu kini mahu menyaman syarikat yang menerbitkan permainan itu.

Lelaki berusia 28 tahun dari Krasnoyarsk itu berkata, dia tidak diberi sebarang amaran bahawa permainan itu begitu menagihkan.

Dia menuntut ganti rugi sebanyak 500,000 rouble (RM30,000).

“Jika tahu permainan itu menyebabkan saya ketagih, pasti saya lebih berhati-hati.

“Tidak mungkin saya membelinya atau saya hanya bermain ketika bercuti, seperti pada tahun baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dia memuat turun permainan itu selepas melihat iklan dan merancang menghabiskan hanya beberapa jam bermain, lapor RT.

Malangnya dia menjadi ketagih sehingga tidak dapat menahan diri daripada bermain setiap hari selama beberapa minggu.

Dia dipecat selepas beberapa hari tidak datang kerja.

Dia juga tidak tidur dan tidak makan kerana sibuk bermain permainan itu.

Akhirnya, isterinya juga meninggalkannya.

Firma guaman yang mewakili lelaki itu berkata, ia mahu melihat sejauh mana kes itu boleh dipertahankan.

Lelaki itu bukan satu-satunya yang lupa aktiviti normal seharian akibat permainan berkenaan yang dikeluarkan awal November lalu.

Malah, beberapa majikan berkata, cuti sakit dalam kalangan pekerja mereka juga meningkat sejak itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan