Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saman RM400 juta terhadap Musa Aman ditarik balik

GAMBAR fail, Peguam, Tengku Fuad Ahmad (tengah) bersama Datuk Douglas Lind (kiri) keluar dari kamar mahkamah berkenaan kes saman bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 9 Julai lalu. – Foto Khairull Azry Bidin

 

KOTA KINABALU: Saman RM400 juta yang difailkan terhadap Tan Sri Musa Aman ditarik balik, hari ini, oleh plaintif, Zulkifli Kassim.

Zulkifli dari Kampung Bobot, Kota Belud, memfailkan saman berkenaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu, berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad, menerusi kenyataan, malam ini, berkata susulan tindakan plaintif menarik balik saman itu, pihaknya akan mendapatkan perintah bagi tuntutan kos terhadapnya.

“Saman ini difailkan untuk memalukan klien saya. Ia penyalahgunaan proses mahkamah.

“Adalah jelas bahawa plaintif ini dinasihat atau digunakan oleh pihak tertentu atau ‘tangan ghaib’ yang sebahagiannya mungkin peguam,” katanya.

Pada 4 Julai lalu, notis undang-undang yang diterbitkan di akhbar tempatan, menyatakan Zulkifli memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Musa.

Zulkifli menuntut RM400 juta dengan faedah lapan peratus setahun, kos dan apa-apa perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Musa kini berada di London kerana dilaporkan mendapatkan rawatan kesihatan. –¬†Oleh Wan Faizal Ismayatim/BH Online

Komen


Berita Berkaitan