Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Saman RM20 punya pasal

10:47am 10/03/2017 Pak Roshan 23 views Global

MOHAMAD Noman berada di atas motosikalnya sehingga trak tunda tiba di depoh kenderaan. FOTO Daily Mail/Cover Asia Press

Kanpur (India): Lelaki sanggup menggadai nyawa duduk di atas motosikal dirampas yang berjuntai dari belakang trak tunda di sini.

Mohammad Noman, 30, bersikap acuh tak acuh sambil duduk di atas motosikalnya yang hanya digantung dengan rantai besi.

Sebelum itu, dia dikenakan saman RM20 kerana motosikalnya diletak di zon dilarang letak kenderaan di kawasan Bada Chauraha di bandar ini.

Polis terpaksa merampas motosikalnya selepas dia enggan menerima saman itu.

Dia turut enggan membenarkan polis menunda motosikalnya dan lari melompat ke atas motosikal ketika ia ditunda.

Jurucakap Trafik Pols di Kanpur, Superintendan Sarvanand Yadav berkata, Mohamad Noman dikenakan saman kerana meletakkan motosikalnya di zon dilarang meletakkan kenderaan.

“Namun, dia menentang, mempertikaikan serta bergaduh dengan kami. Dia tidak mahu membayar saman itu.

“Akibat itu, kami membuat keputusan menunda motosikanya tetapi apabila pemandu trak tunda memandu dari kawasan itu, Mohamad Noman melompat ke atas motosikalnya dan memegang rantai besi,” katanya.

Mohamad Noman berada di atas motosikalnya sehingga trak tunda tiba di depoh kenderaan.

Pemandu trak tunda hanya mengetahui Mohamd Noman berada di atas motosikalnya apabila tiba di depoh itu.

Motosikal itu ditahan selama dua hari sehingga Noman menerima dan membayar saman RM20 itu. – DailyMail/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan