Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salur maklumat tepat: Sapawi

sapawi

SIPITANG 22 Ogos – Pengamal media diharap dapat membantu menyalurkan maklumat tepat berhubung dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat lebih jelas terhadap apa juga program pembangunan yang dirancang.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad melahirkan harapan itu ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian rumah Kelab Komunikasi Radio Amatur Sipitang di sini kelmarin.

“Maklumat yang tepat itu penting kerana ia membolehkan rakyat tahu dasar kerajaan dan juga usaha serta perancangan kerajaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Sipitang merangkap Pengerusi Kelab, Latip Amat dan Penolong Pegawai Daerah Beaufort Merangkap Penasihat Kelab Komunikasi Radio Amatur Beaufort, Jufri Atok serta lebih 200 ahli kelab itu.

Sehubungan itu, Sapawi yang juga penaung kelab tersebut berharap agar ahli kelab berkenaan dapat memainkan peranan seumpama itu dapat menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Katanya, maklumat yang disampaikan bukan sahaja yang terkini tetapi juga haruslah tepat.

“Elak daripada menyampaikan maklumat yang boleh memecahbelah sebaliknya kita berperanan untuk menyatupadukan dan memperkukuhkan persefahaman serta perpaduan di kalangan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar ahli kelab tersebut menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Katanya, dengan adanya rumah tersebut ahli-ahli kelab bukan sahaja berpeluang untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan tetapi pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia ada.

Komen


Berita Berkaitan