Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Salman Khan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu

1:36pm 21/09/2016 Pak Roshan 2726 views Jenayah,Mutakhir
Salman Khan, warga Pakistan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan `ugutan merampas pesawat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Salman Khan, warga Pakistan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan `ugutan merampas pesawat’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Pakistan yang ditahan kerana melakukan ugutan ‘merampas pesawat’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Salman Khan, 62, didakwa melakukan dengan sengaja mengaibkan hingga mendatangkan marah pada seseorang dengan maksud akan menyebabkan memecah keamanan awam di kaunter pintu B2, KKIA pada 16 September lalu.

Tertuduh yang juga peniaga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Berdasarkan fakta kes, Salman yang beralamat di Taman Bersatu, Putatan, ditahan selepas melakukan ugutan untuk merampas pesawat di pintu berlepas B2, KKIA pada jam 8.40 pagi.

Dia yang dalam perjalanan menaiki penerbangan ke Brunei, mengeluarkan ugutan “I’m hijacking your airplane” selepas tidak berpuas hati dengan seorang kakitangan syarikat penerbangan yang meminta pasport untuk pengesahan sebelum masuk ke dalam pesawat.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Azaman Hamat manakala tertuduh diwakili peguam Samson Ku.

Stephanie bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin sehingga mahkamah memperoleh surat pengesahan daripada kedutaan Pakistan berhubung kerakyatannya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan