Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Salman Khan bebas semua tuduhan

9:45am 11/12/2015 Pak Roshan 2 views Global
SALMAN (tengah) meninggalkan mahkamah selepas semua tuduhan ke atasnya digugurkan.

SALMAN (tengah) meninggalkan mahkamah selepas semua tuduhan ke atasnya digugurkan.

Mumbai: Sebuah mahkamah semalam membebaskan bintang Bollywood daripada semua tuduhan membunuh seorang gelandangan dalam kes langgar lari yang berlaku 13 tahun lalu.

Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi Mumbai berkata, sebuah mahkamah Mei lalu melakukan kesilapan apabila mendapati Salman bersalah terhadap tuduhan membunuh tanpa niat.

“Rayuannya diterima dan keputusan mahkamah lalu digugur dan diketepikan. Salman Khan dibebaskan daripada semua tuduhan,” kata hakim Anil Ramachandra Joshi.

Menurutnya, pendakwa raya gagal ‘membuktikan keraguan munasabah’ untuk menunjukkan Salman memandu kereta dan mabuk apabila merempuh sekumpulan gelandangan di pinggir Mumbai pada 2002.

Seorang buruh Nurulah Mahbob Sharif mati dan beberapa yang lain cedera apabila Salman merempuh mereka ketika mereka tidur di tepi jalan raya.

Sebuah mahkamah sesyen mendapati Salman bersalah terhadap semua tuduhan Mei lalu, termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan tanpa lesen.

Namun, Joshi berkata, mahkamah itu melakukan kesilapan apabila menerima kenyataan saksi utama pendakwaan.

Pelakon jutawan itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas dua hari dipenjarakan berikutan keputusan mahkamah sesyen berkenaan.

Salman, 49, membintangani lebih 100 filem dan rancangan televisyen sejak filem pertamanya ‘Maine Pyar Kiya’ (Saya jatuh cinta) mendapat sambutan pada 1980-an. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan