Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Salleh Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bot Karam Di Kota Belud

8:43pm 21/08/2016 Pak Roshan 84 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

14055135_168332280264199_8538233367441539747_n

KOTA BELUD :  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden bot karam di muara Kampung Rampayan Laut di sini.

“Saya dan keluarga amat berdukacita dan bersedih di atas insiden yang berlaku di daerah Kota Belud,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, dua orang guru mati lemas dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani.

Menurut Jurucakap Balai Bomba Kota Belud, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan Kamariah Hamdan.

Salleh menyifatkan kematian dua warga guru itu sebagai satu kehilangan besar bagi profesion perguruan di negeri ini khusus Sekolah Kebangsaan Mantanani.

Beliau berharap agar keluarga mangsa yang terlibat terus tabah dan reda dalam menerima ketentuan Ilahi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan