Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salleh komited pikul tugas baharu

Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul (dua kiri) mengucapkan tahniah kepada Salleh. - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul (dua kiri) mengucapkan tahniah kepada Salleh. – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU – Datuk Seri Salleh Tun Said akan memberikan komitmen penuh tanggungjawab terhadap tugas beliau selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu.

Beliau yang dilantik menganggotai jemaah Kabinet Persekutuan itu turut menzahirkan terima kasih atas sokongan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dengan pelantikan itu.

“Saya merakamkan ucapan penghargaan diatas kepercayaan yang diberikan akan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika ditemui media dikediamannya petang tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkuatkuasa serta merta.

Menurut Salleh, setiap tugas mempunyai cabaran yang tersendiri namun bekerja dalam satu pasukan merupakan cara terbaik untuk menghadapinya.

Justeru beliau menyeru agar semua agensi di bawah kementeriannya untuk terus memberikan komitmen sepenuhnya dalam mendepani cabaran era teknologi masa kini.

“Mengurus persepsi dengan pendekatan terbaik disamping memberi penerangan yang lebih jelas serta fakta yang tepat akan memberi keyakinan kepada rakyat dalam isu semasa yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Tambahnya perancangan sebelum ini akan diteruskan disamping penambahbaikan keperluan mengikut perkembangan semasa tentang dasar-dasar kerajaan.

“Kita perlu mengamalkan demokrasi yang matang dan menolak fitnah dan memutarbelitkan fakta demi keharmonian negara,” jelasnya lagi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan