Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang tidak mudah untuk diterima dan pastinya sangat menginsafkan’.

Dalam catatan di blognya hari ini beliau juga berkata ia juga membuatkan seseorang itu untuk bermuhasabah dan terus bertenang ketika berdepan dengan kekalahan.

“Pada 9 Mei 2018, rakyat telah bersuara dan kita harus mematuhi kehendak rakyat dalam semangat ‘suara rakyat adalah suara keramat’,” catat beliau.

Salleh juga berkata dalam politik tidak ada kuasa yang lebih hebat daripada kehendak rakyat, dan mereka (calon pilihan raya) harus terima apa jua keputusan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengizinkan beliau untuk berkhidmat kepada negara.

Bekas menteri Komunikasi dan Multimedia itu kalah kepada calon Parti Warisan Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis @Fakharudy dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Kota Belud. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan