Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salleh, Anifah dan Bung Moktar antara menang tanpa bertanding

SALLEH, Anifah dan Bung Moktar antara menang tanpa bertanding

 

KOTA KINABALU: Sebahagian besar jawatan ketua UMNO Bahagian di Sabah dimenangi penyandang tanpa pertandingan termasuk Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang kini menjalankan tugas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Turut mempertahankan jawatan tanpa bertanding ialah Ketua UMNO Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Datuk Bung Moktar Radin di Kinabatangan; Bendahari UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor (Tuaran) serta bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun (Ranau).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin ketika dihubungi turut mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Putatan pada pemilihan parti Sabtu ini.

“Lebih separuh jawatan ketua membabitkan 25 Bahagian UMNO di Sabah dimenangi tanpa bertanding, namun kemungkinan ada muka baharu pada pemilihan parti nanti.

“Pemilihan kali ini menyaksikan sebahagian besar ketua bahagian menang tanpa bertanding termasuk Papar (Datuk Abdul Rahim Ismail), Beaufort (Datuk Isnin Aliasnih), Sipitang (Datuk Sapawi Ahmad) serta Kota Kinabalu (Datuk Faisyal Hamdain Diego).

“Saya bagaimanapun tidak pertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Putatan pada pemilihan kali ini,” katanya.

UMNO Putatan menyaksikan kepemimpinan baharu apabila Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Arsit Sedi menang tanpa bertanding.

Mengulas lanjut, Yahya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, lebih tujuh bahagian menyaksikan berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian antaranya Kalabakan, Batu Sapi, Semporna, Sandakan, Libaran dan Tenom.

“Ini termasuk bahagian yang ditinggalkan selepas ketua mereka keluar UMNO atau Barisan Nasional (BN) iaitu Kudat dan Beluran,” katanya.

Selain bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang tidak mempertahankan jawatan di bahagian Libaran, beberapa ketua UMNO bahagian dijangka tidak mempertahankan jawatan ialah pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Nasir Sakaran; Ketua UMNO Tenom, Datuk Rubin Balang dan Datuk Mohd Yusof Apdal (Silam). – Oleh Suzianah Jiffar/BH Online

Komen


Berita Berkaitan