Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SALING BERMAAFAN, KEMELUT POLITIK TERENGGANU BERAKHIR

8:28pm 16/05/2014 Pak Roshan 9 views Politik

pic-3 (1)

KEMAMAN: Kemelut yang melanda kerajaan Negeri Terengganu berakhir dengan ucapan maaf bermaafan.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said juga mengesahkan beliau akan terus kekal bersama UMNO.

Wakil rakyat Kijal itu juga berkata beliau sudah memihon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pertemuan bersama di Putrajaya dan kedua-dua saling bermaafaan atas salah faham yang berlaku.

Ketegangan diantara kedua-dua pemimpin itu tercetus akibat salah faham yang melibatkan perkahwinan anak Ahmad Said.

Turut menarik balik perletakan sebagai ahli UMNO ialah wakil rakyat Ajil Ghazali Taib.

Ahmad, Ghazali dan wakil rakyat Bukit Besi Roslee Daud telah mengistiharkan keluar daripada UMNO dan berdiri sebagai wakil Bebas pada Selasa.

Ekoran perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar, ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai pengganti.

Politik di Terengganu turut bergolak apabila Barisan Nasional hanya memounyai 15 lerusi DUN daripada 32 kerusi yang mana PAS (14), PKR (1) dan Bebas 2 kerusi.

Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Datuk Temgku Putera Tengku Awang berkata kemelut politik di negeri itu kini hampir selesai.

Sementara itu, Menteri Besar yang baru Ahmad Razif berkata apa yang berlaku akan menguatkan lagi Barisan Nasiobal di Terengganu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan