Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Salah telefon dari angkasa

10:33am 27/12/2015 Pak Roshan 1416 views Global
PEAKE bergambar di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa. Gambar kanan, permohonan maaf yang ditulis Peake di laman Twitter miliknya.

PEAKE bergambar di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa. Gambar kanan, permohonan maaf yang ditulis Peake di laman Twitter miliknya.

London: Angkasawan Britain, Tim Peake memohon maaf kepada seorang wanita selepas dia tersilap mendail nombor telefon isterinya ketika sedang bertugas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Peake yang menjadi angkasawan pertama Britain berada di ISS cuba menghubungi isterinya di rumah bagi membuat ucapan Krismas.

Bagaimanapun, Peake, 43, tersalah mendail nombor telefon isterinya dan panggilan itu dijawab oleh seorang wanita.

Apabila mendengar suara wanita di talian, Peake menjawab, Hello, adakah ini planet bumi?

Selepas menyedari wanita berkenaan bukan isterinya, Rebecca, bekas juruterbang helikopter tentera Britain itu terus meminta maaf. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan