Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SALAH Peguam TUARAN4: Mengapa Libatkan Dato’ Sri Anifah Aman?

10:20pm 28/01/2016 Ann Vivien 124 views Politik,Tempatan
salah peguam
TIADA bukti sahih atau fakta bahawa Dato’ Sri Anifah Aman terlibat dengan perbicaraan pengikut Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang ditangkap di Tuaran pada tahun 2015 lalu kerana meminta tandatangan dan mengedarkan risalah bagi menghasut kepada orang awam.
Tiada merit bagi keempat-empat (4) yang didakwa itu mendapat perhatian daripada Dato’ Sri Anifah Aman kerana mereka itu didakwa berasaskan undang-undang.
Dakwaan keterlibatan individu (Datuk James Ligunjang) berkaitan dengan perbicaraan  itu tidak ada kaitan dengan Dato’ Sri Anifah Aman kerana beliau bukannya merupakan seorang pegawaiKementerian Luar Negera atau seseorang yang mewakili Dato’ Sri Anifah Aman.
Pengaturan atau jadual perbicaraan bagi orang yang tertuduh (OKT) adalah di antara peguam OKT tersebut dengan pihak mahkamah. Sekiranya tarikh yang ditetapkan seperti mana pemberitahuan peguam OKT tidak ada perbicaraan, maka semua itu terletak kepada kecuaian peguam yang mewakili OKT tersebut dan tiada kaitan dengan sesiapa termasuk juga mahkamah kerana sebarang perubahan jadual perbicaraan akan disepakati di antara peguam OKT dan mahkamah.
 
Melihat kepada dakwaan Doris Jones melalui laman facebook SSKM, nampaknya pelarian itu menuduh bahawa mahkamah boleh dipengaruhi pihak-pihak tertentu yang tiada hubungan dengan perbicaraan. Tindakan Doris Jones itu merupakan penghinaan kepada mahkamah!
Adalah satu kenyataan bohong yang mengataskan nama Datuk James Ligunjang yang kononnya OKT itu dijemput berbincang dengan Dato’ Sri Anifah Aman.
Siapakah mereka sehingga boleh dijemput duduk berbincang? Fikir-fikirkan! Sedangkan mereka-mereka itu adalah pencacai SSKM yang tidak ada status kedudukan dalam politik mahupun pentadbiran. Mereka didakwa hanya kerana melakukan hasutan dan fitnah di mana kandungan risalah yang mereka edarkan itu akan mengelirukan kepada mereka yang membaca khususnya golonganyang kurang peka terhadap sejarah.- Sumber Fitnah Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan