Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salah Laku Seks, Penyanyi Dangdut Indonesia Dipenjara

Saipul ketika berkahwin dengan Dewi Persik dan ditahan di lokap sehingga dijatuhkan hukuman penjara kelmarin.
Saipul ketika berkahwin dengan Dewi Persik dan ditahan di lokap sehingga dijatuhkan hukuman penjara kelmarin.

Jakarta: Penyanyi dangdut popular yang juga bekas suami Dewi Persik, Saipul Jamil dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Negeri Jakarta Utara di sini, hari ini, selepas didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki, Februari lalu

Menurut laporan berita portal, Ketua Hakim Ifa Sudewi berkata, mahkamah berpuas hati dengan bukti dan Saipul didapati bersalah mengikut Fasal 292 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP).

Katanya, hukuman penjara tiga tahun itu sudah diringankan berbanding permintaan pihak pendakwa yang mahukan penyanyi itu dikenakan hukuman tujuh tahun penjara.

Pada 18 Februari itu, Saipul, 36, didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki yang juga pembantunya di rumah beliau di Kelapa Gading di sini.

 Remaja lelaki itu dikatakan mengalami trauma dengan kejadian itu dan membuat laporan polis. Saipul ditahan di lokap sehingga hari ini.

Saipul yang pernah berlakon dalam filem tempatan, sering dilantik sebagai anggota juri pertandingan nyanyian anjuran stesen televisyen tempatan.

Saipul pernah berkahwin dengan artis tempatan Dewi Persik selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2008. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

jateng.tribunnews.com/Bernama/HMetro

Komen


Berita Berkaitan