Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Salah bakar mayat

BRADBURN... ahli politik.
BRADBURN… ahli politik.

London: Mayat seorang lelaki secara tidak sengaja dibakar pada acara pengebumian seorang pemimpin parti Konservatif MEP Britain kerana mereka mempunyai nama yang sama.

Pemimpin parti Konservatif MEP, Philip Bradburn meninggal dunia di Hospital Good di Sutton Coldfield pada 20 Disember lalu pada usia 63 tahun akibat barah usus.

Seorang lelaki juga bernama Philip Bradburn meninggal dunia di Hospital Universiti Birmingham sebelum perayaan Krismas.

Difahamkan, kedua-dua mayat dibawa ke rumah mayat yang sama untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun, ketika urusan pembakaran mayat pemimpin MEP itu pada Januari lalu, rumah mayat berkenaan tersilap menyerahkan mayat.

Pengarah rumah mayat dan kedua-dua hospital itu dipercayai sudah mula menyiasat kejadian berkenaan.

Seorang pegawai pemimpin itu, Alastair Little berkata, keluarga mendiang sangat terkejut dan marah dengan kesilapan berkenaan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan