Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Salah anggap orang ramai terhadap Jabatan Insolvensi perlu dikikis

6:09pm 18/11/2016 Leolerry Lajius 0 views Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
TAWAU: Persepsi serta salah anggap orang ramai terhadap Jabatan Insolvensi perlu dikikis dan pada masa yang sama orang ramai perlu peka terhadap fungsi sebenar jabatan itu.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan berkata,Jabatan Insolvensi  bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah entiti yang membantu mengurustadbir hal berkaitan muflis malah bertindak sebagai pemudahcara selain memberi khidmat rundingcara kepada orang ramai mengenai sebarang permasalahan berkaitan insolvensi.
Menurutnya, platform hari bertemu pelanggan yang diadakan serentak di seluruh Malaysia oleh Jabatan Insolvensi amat bertepatan kerana ianya dapat memberikan maklumat serta informasi lanjut mengenai bidang tugas serta fungsi sebenar jabatan itu kepada orang ramai.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Insolvensi Cawangan Tawau.
Beliau juga turut memberikan cadangan kepada pihak Jabatan Insolvensi agar program pencegahan muflis awal dapat diadakan dan disasar khusus kepada golongan pelajar universiti dan pekerja baru demi memberi pendedahan awal mengenai cara urustadbir kewangan yang betul.
Ianya diharap dapat memberikan impak yang baik sekaligus dapat mengurangkan statistik muflis dikalangan generasi muda dan seluruh individu di Malaysia.
Sementara itu, menyentuh mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan pada sabtu ini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Apas berharap  kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut kerana ianya boleh mencetuskan keadaan huru hara pada negara.
Tambahnya, negara yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai saluran tertentu untuk orang ramai menyatakan perasaan tidak puas hati dan perhimpunan tersebut juga boleh menyebabkan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak stabil.

Turut hadir Ketua Cawangan MdI Cawangan Tawau Mohaidy Tabin dan Pegawai Korporat Cawangan Tawau Samia Nasir./SayangSabah

Tawfiq, Mohaidy bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Insovensi.

Tawfiq, Mohaidy bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Insovensi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan