Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sakura di bawah bayu

10:37am 21/04/2016 Pak Roshan 680 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
PELAJAR berjalan melintasi pokok sakura yang berbunga lebat di beberapa lokasi di UMS, Kota Kinabalu.

PELAJAR berjalan melintasi pokok sakura yang berbunga lebat di beberapa lokasi di UMS, Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Biarpun dilanda cuaca panas sejak beberapa bulan lalu, keadaan itu sedikit terubat sebaik melihat deretan bunga sakura tumbuh lebat di beberapa laluan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehingga menarik perhatian ramai.

Kebiasaannya, sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) berasal dari Amerika Selatan itu sinonim dengan negara Jepun selain negara empat musim lain.

Bagaimanapun, bunga berwarna merah jambu dan putih ini boleh dilihat tumbuh dengan subur di universiti awam berkenaan selain beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Pengarah Pusat Pengurusan Eko Campus UMS Profesor Madya Dr Justin Sentian berkata, kehadiran landskap unik itu menjadikan kawasan universiti bertukar wajah seakan musim bunga sakura di Jepun.

“Secara tidak langsung keadaan ini dapat menyejukkan mata mereka yang melalui kawasan ini khususnya penuntut UMS. – myMetro Online

POKOK sakura menghiasi laluan utama di UMS.

POKOK sakura menghiasi laluan utama di UMS.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan