Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saksi Lihat Helikopter Meletup di Udara

11128815_10206133361276779_1456241473_n.transformed_1
KEADAAN bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi.

 

SEMENYIH, : Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang
tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

“Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

“Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah,” katanya.

Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pula berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga yang lain.
— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan