Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sakitnya …dibelasah dengan wayar, tali pinggang

Keceraan dialami akibat didera Bakhram (tengah) manakala ibunya, Maria (kanan) tidak dapat berbuat apa apa. Foto East 2 West News

 

Moscow: Seorang lelaki ditahan polis selepas dia memukul anak perempuan teman wanitanya yang berusia empat tahun dengan wayar pengecas telefon dan tali pinggang kerana mangsa tidak dapat mengira.

Bakhram, 20, ditahan polis selepas kanak-kanak itu dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk pada kepala, belakang, dada, perut dan tangan akibat dipukul.

Lelaki itu ditahan di sebuah rumah flat di Krasnoyarsk dan mengaku memukul kanak-kanak berkenaan dengan tujuan untuk mendidik mangsa.

Penyiasat memberitahu, suspek memukul kanak-kanak itu yang juga anak teman wanitanya selepas mangsa tidak dapat mengira dari satu hingga lima.

Ibu mangsa, Maria Belonogova, 31, hanya melihat anaknya didera dan tidak melakukan apa-apa dengan alasan terlalu takut serta bimbang dipukul suspek.

Lelaki itu kini didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan