Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAILA sumbangkan perahu layar optimist kepada TLDM

8:09pm 06/02/2016 Leolerry Lajius 28 views Tempatan
Khairul(kiri) dan cristopher(tenga) menyerahkan dokumen selapas sahaja mendatangani dokumen penyrahan bot layar Optimist sambil di saksikan oleh Shahriman(kanan).-Gambar Oleh Alex Mairin

Khairul(kiri) dan cristopher(tenga) menyerahkan dokumen selapas sahaja mendatangani dokumen penyrahan bot layar Optimist sambil di saksikan oleh Shahriman(kanan).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kelab Perahu Layar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sumbangan lima buah bot layar optimist yang disumbang oleh Persatuan Pelayaran Negeri Sabah (SAILA) pagi tadi.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di bilik komodor, Pusat Kecemerlangan Perahu Layar, pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Presiden SAILA Christopher Chin kepada Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Bin Yahya.

Menurut Khairul Anuar, sumbangan tersebut memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah di dalam pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan sekitar pangkalan untuk mempelajari latihan asas pelayaran di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan pelayaran.

“Dengan adanya sumbangan ini, usaha untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar yang dikendalikan oleh jurulatih Kelab Perahu Layar TLDM dapat diketengahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,”katanya ketika sidang media selepas majlis tersebut.

Tambah beliau, jalinan kerjasama seperti ini adalah selaras dengan hasrat pengurusan tinggi TLDM dan kerajaan yang memperkenalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha mengeratkan silaturahim dengan orang awam.

“Kerjasama melalui program latihan antara dua pihak telah dilaksanakan sejak tahun 2015 lagi dan dengan adanya sumbangan tersebut ia akan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan yang mempunyai jati diri yang kental dan berdaya saing,”katanya.

Pihak TLDM juga amat mengalu-alukan sumbangan berkenaan dan akan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua pihak dalam program latihan sebagai platform pembangunan sukan itu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan