Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAILA juara keseluruhan kejohanan Regatta Hari Bandaraya

JUARA PELAYARAN... Juara setiap kategori bergambar kenangan bersama hadiah masing-masing.
JUARA PELAYARAN… Juara setiap kategori bergambar kenangan bersama hadiah masing-masing.

KOTA KINABALU – Pasukan Persatuan Pelayaran Sabah (SAILA) muncul sebagai juara secara keseluruhan apabila memenangi tujuh daripada 13 kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan layar Terbuka Reggata Hari Bandaraya ke-16 yang berlangsung pada 7 dan 8 Februari.
Antara kategori yang dimenangi SAILA ialah Novice, Optimist Division A, B dan C, Laser 4.7, International 420 dan Optimist Overall.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Kinabalu Yacth Club (KYC) untuk kategori Phantom, Wind Surf dan Laser Radial.
Berada di tempat ketiga ialah National Yatch Club Kota Kinabalu (NYCKK) yang memenangi kategori Laser Standard dan Int 470. Sabah Yatch Club (SYC) pula hanya sekadar tempat keempat selepas memenangi satu kategori Veteran.
Seramai 90 peserta termasuk dari Brunei Darussalam, menyertai kejohanan itu yang dianjurkan oleh KYC dengan kerjasama SAILA bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu di sini.
Sementara itu, Komodor KYC, Louis Tseu berkata, penganjuran kejohanan tersebut merupakan salah satu langkah memperkenalkan aktiviti sukan air kepada orang ramai.
“Pihak kami juga komited mempromosikan sukan air di negeri sebagai salah satu produk dalam sektor pelancongan,” katanya lagi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan kejohanan berkenaan termasuk Sutera Habour Resort dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan