Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sah virus Zika punca bayi kepala kecil

Sah virus Zika punca bayi kepala kecil
Sah virus Zika punca bayi kepala kecil

New York: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat semalam mengesahkan virus Zika menjadi punca bayi dilahirkan dengan kepala kecil dan beberapa kecacatan teruk pada otak.

Sejak tahun lalu, doktor di Brazil mengaitkan jangkitan Zika dengan peningkatan bayi yang dilahirkan dengan mikrosefali atau tempurung kepala kecil.

Kebanyakan pakar lain berhati-hati untuk menyetujuinya.

Tetapi semalam, Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Amerika Syarikat (CDC) berkata, ada bukti mencukupi menunjukkan ia berkait.

“Kini tidak disangsikan lagi Zika menyebabkan mikrosefali,” kata pengarah CDC Dr. Tom Frieden.

Antara bukti itu, katanya, virus Zika, yang disebarkan menerusi gigitan nyamuk dan boleh disebarkan menerusi seks, ditemui dalam tisu, cecair spinal dan amniotik bayi mikrosefali. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan