Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sah milik manusia

10:46am 06/12/2015 Pak Roshan 5 views Global
RANGKA ‘Arthur’ dikebumikan selepas 40 tahun diguna untuk mengajar seni di sebuah sekolah.

RANGKA ‘Arthur’ dikebumikan selepas 40 tahun diguna untuk mengajar seni di sebuah sekolah.

London: Satu rangka manusia yang digunakan untuk mengajar seni di sebuah sekolah di Britain sejak 40 tahun lalu akhirnya dikebumikan selepas ia disahkan milik seorang lelaki.

Rangka itu dinamakan ‘Arthur’ oleh tenaga pengajar di Sekolah Tinggi Haydock di Wigan, Manchester yang menyangka ia rangka tiruan, menurut laporan akhbar South West News.

Bagaimanapun, juruteknik seni sekolah berkenaan Sandra Dixon meragui pendapat itu dan mula menjalankan kajian sama ada ‘Arthur’ pernah menjalani kehidupan.

“Sejak mula lagi saya percaya ia rangka manusia,” kata Sandra.

Selepas menjalankan kajian, termasuk memeriksa rekod, Sandra mendapati Arthur sebenarnya rangka lelaki warga India yang mati pada awal abad ke-20.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan