Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sah lelaki Jepun bapa 15 bayi tumpang

lelaki 15 anak

Bangkok: Ujian DNA yang dijalankan ke atas seorang lelaki Jepun berkait dengan skandal anak tumpang mengesahkan dia bapa kepada sekurang-kurangnya 15 bayi. Bagaimanapun, motifnya masih misteri.

Skandal itu terbongkar selepas penemuan sembilan bayi di sebuah apartmen di Bangkok. Menurut laporan media Jepun, lelaki itu ialah anak jutawan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) dan sudah meninggalkan Thailand tetapi secara sukaerela menghantar sampel DNA untuk membersihkan namanya.

“Dia disahkan bapa semua 15 bayi yang diperiksa,” kata doktor polis, Leftenan Jeneral Jongjate Aojanepong.

Pihak berkuasa Thai masih berharap lelaki itu kembali ke negara itu untuk membantu siasatan.

Dalam nota yang disampaikan lelaki Jepun kepada polis Thai menerusi peguamnya, dia berkata dia sanggup menjaga semua anak itu.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan tidak ada tanda-tanda pencabulan atau pembabitan penyeludupan manusia dalam kes ini,” kata Jongjate. – AFP

Komen


Berita Berkaitan