Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sah jangkitan Zika

9:26am 05/02/2016 Pak Roshan 15 views Global
SEORANG petugas kesihatan menyembur asap di sebuah sekolah di kejiranan Nueva Suyapa di Tegucigalpa, Honduras bagi membunuh nyamuk Aedes.

SEORANG petugas kesihatan menyembur asap di sebuah sekolah di kejiranan Nueva Suyapa di Tegucigalpa, Honduras bagi membunuh nyamuk Aedes.

Jakarta: Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan satu kes jangkitan virus Zika di negara itu yang dikesan pada tahun lalu dan memberi jaminan kerajaan bersedia menangani wabak berkenaan.

Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani memberitahu kes jangkitan virus itu dikesan di Jambi.

Katanya, ia dikesan oleh penyelidik yang mengkaji beberapa spesimen yang diambil daripada pesakit ketika penularan wabak denggi antara Disember 2014 hingga April 2015.

“Kami menemui seorang pesakit yang dijangkiti virus Zika di Jambi. Maklumat kementerian kesihatan menunjukkan ia masih terkawal,” katanya.

Puan memberitahu wartawan selepas satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai virus berkenaan.

Zika mencetuskan panik di Amerika Latin dan beberapa negara kerana dipercayai menjadi punca kelahiran bayi dengan kepala mengecil.

Virus yang menyebabkan gejala demam ringan dan ruam itu dipercayai punca kerosakan otak pada bayi yang baru dilahirkan.

Pakar kesihatan memberi amaran Asia antara negara terdedah dengan virus berkenaan yang disebarkan nyamuk Aedes yang juga membawa virus chikungunya dan denggi.

Nyamuk Aedes membiak di iklim tropika seperti di rantau Asia Tenggara yang sudah lama bergelut membendung wabak denggi.

“Orang ramai tidak perlu panik dan terus memastikan persekitaran mereka bersih.

“Kerajaan sudah bersedia dengan virus ini bagi membendung ia menjadi satu wabak,” kata Puan.

Institut Eijkman pada Ahad lalu memberitahu, lelaki dari Jambi berusia 27 tahun itu dijangkiti virus Zika walaupun tidak pernah keluar negara.

Kes itu dikesan secara tidak sengaja ketika penyelidik mengkaji spesimen wabak deman denggi dan merumuskan Zika mungkin sudah tersebar di Indonesia untuk sementara waktu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan