Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAFMA serah cek bernilai RM2,071,072 kepada kerajaan negeri

3:38pm 24/11/2015 Dewiana Tinggolongon 8 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Jaujan (kiri) menyerahkan cek kepada Hassanel (kanan) sambil disaksikan oleh Musa (dua dari kiri) dan Yahya (dua dari kanan)- foto Alex Mairin / sayangsabah.

Jaujan (kiri) menyerahkan cek kepada Hassanel (kanan) sambil disaksikan oleh Musa (dua dari kiri) dan Yahya (dua dari kanan)- foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pengerusi Pemasaran Perikanan Sabah(SAFMA), Datuk Jaujan Sambakong menyerahkan cek bernilai sejumlah RM2,071,072 kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembayaran pinjaman dan keuntungan.

Cek berkenaan diterima oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Pangiran Hassanel Pangiran Mohd Tahir di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Selasa).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM2 juta adalah diperuntukkan untuk membayar pinjaman SAFMA kepada Kerajaan Negeri manakala RM71,072 adalah sebagai dividen.

Turut hadir dalam penyerahan cek itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Yahya  memberitahu, Musa telah memberi nasihat agar SAFMA serta agensi-agensi lain menjalankan pentabiran syarikat masing-masing dengan baik dan teratur agar lebih banyak keuntungan diperolehi oleh negeri.

“Ini adalah matlamat kita agar setiap agensi dan jabatan yang dimiliki oleh kerajaan negeri menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin supaya harta kerajaan dan wang kerajaan tidak hilang dengan kelalaian dan ketidaktelusan,” katanya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan