Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Safiq Rahim Diiktiraf FIFA.com Pakar Sepakan Percuma

safiqq

KUALA LUMPUR – Pemain negara, Safiq Rahim yang mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan Piala Suzuki AFF baru-baru ini mula mendapat perhatian dunia.

Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan, Safiq yang juga pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dianggap antara pakar mengambil sepakan percuma.

“Safiq berjaya mencuri tumpuan dunia apabila FIFA.com memuatkan artikel mengenai kepakarannya dalam mengambil sepakan percuma.

“Kepakaran tersebut juga telah membawa pasukan Malaysia hingga ke pentas akhir Piala AFF Suzuki pada tahun 2014,” lapor laman Facebook berkenaan.

Pada 7 Disember lalu, Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir namun tewas di tangan pasukan Thailand melalui penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 120 minit perlawanan. -MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan