Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Safecam partnership untuk mencegah jenayah

4:44pm 04/11/2015 Ann Vivien 28 views Jenayah,Tempatan
SAC Omar bersama wakil dari agensi dan premis yang hadir pada Majlis Menandatangani MoU Program Safecam Partnership.

SAC Omar bersama wakil dari agensi dan premis yang hadir pada Majlis Menandatangani
MoU Program Safecam Partnership.

SANDAKAN: Program Safecam Partnership telah dilancarkan di daerah ini pada Rabu sebagai usaha mencegah dan memerangi jenayah.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program itu telah disempurnakan oleh 28 agensi kerajaan dan swasta selain premis perniagaan seperti kedai emas, pasaraya, hotel dan pusat pelancongan.

Dalam sidang media selepas itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, SAC Omar Haji Mammah berkata, setakat ini 11 daerah di negeri ini telah melaksanakan program kerjasama itu sejak ia mulai dilancarkan pada Oktober 2012.

Beliau berkata, jalinan kerjasama seumpama itu sudah pasti penyaluran maklumat akan lebih efektif dan mudah terutama dalam usaha untuk memerangi dan menurunkan jenayah.

Katanya lagi, PDRM selaku agensi penguatkuasaan undang-undang amat mengalu-alukan perkongsian sebegini terutama dalam konteks menjadikan daerah Sandakan lebih selamat dan selesa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operas) IPK Sabah, ACP Mohd Ismon Suratman, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain dan Timbalannya, Supt. Fadzil Mohd Ali.-AA/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan