Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAFA tiada halangan Matlan, 5 rakan aktif semula

12:00am 11/05/2016 Pak Roshan 3574 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
MATLAN Marjan - Foto Izhari Ariffin

MATLAN Marjan – Foto Izhari Ariffin

TAWAU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tidak menghalang enam bekas pemainnya yang masih menjalani penggantungan seumur hidup berhubung rasuah untuk terbabit secara langsung sebagai jurulatih atau pegawai mana-mana pasukan.

Setiausahanya, Alijus Sipil, berkata ini kerana penggantungan enam bekas pemain itu termasuk bekas penyerang kebangsaan, Matlan Marjan sudah melebihi 20 tahun iaitu sejak tahun 1995.

Malah, katanya, jika mengikut tafsiran hukuman mahkamah biasa, penggantungan seumur hidup lazimnya hanya untuk tempoh 20 tahun yang mana sudah dilepasi oleh semua bekas pemain berkenaan.

“Jawatankuasa eksekutif SAFA ada berbincang bersama FAM mengenai perkara ini dan memang mahu melepaskan mereka, namun perlu dirujuk kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terlebih dahulu,” katanya di sini, sebentar tadi.

Alijus yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau berkata, hukuman enam bekas pemain itu adalah penggantungan seumur hidup, berbeza dengan 76 pemain yang dibebaskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam iaitu mengikut tempoh tertentu.

Selain Matlan, 48, lima bekas pemain Sabah yang menerima nasib sama ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan