Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAFA perkenalkan pemain baharu pasukan Sabah

8:49pm 23/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 1203 views Sukan,Tempatan
Musa (tengah) dan Lawrence (kiri tengah) bersama barisan pemain dan pegawai pasukan bola Sabah

Musa (tengah) dan Lawrence (kiri tengah) bersama barisan pemain dan pegawai pasukan bola Sabah. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) telah melancarkan jersi baru Pasukan Rhinos dan memperkenalkan para pemain serta pegawai baru dalam pasukan tersebut, petang tadi.

Menurut Timbalan Presiden 2 SAFA , Datuk Lawrence Gimbang, bilangan majoriti pemain yang terpilih untuk mewakili SAFA adalah terdiri daripada anak-anak jati negeri ini.

“Sebanyak 17 orang anak jati Sabah telah terpilih manakala bilangan pemain daripada Semenanjung telah dikurangkan kepada empat orang dari 10 orang tahun lalu”, kata beliau.

Lawrence turut menasihati kepada semua pemain-pemain pasukan Sabah agar terus memberi komitmen yang tinggi dan berdisiplin supaya menjadi pemain yang berjaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Bola Sepak Negeri Sabah 2016, di Hotel Le Meridien, di sini.

Selain itu, dalam majlis tersebut, Lawrence turut mengumumkan bahawa SAFA pada tahun ini juga mengimport empat orang pemain luar negara iaitu dari Indonesia, Nigeria, Brazil dan Rusia.

Disamping itu, Pengurus pasukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata bahawa beliau akan memastikan semua pemain pasukan Sabah akan memberikan komitmen yang baik dan lebih berdisiplin untuk pasukan Sabah pada tahun ini.

Menurut beliau lagi, pasukan Sabah telah meletakkan sasaran di perlawanan bola sepak Liga Perdana akan datang untuk sekurang-kurangnya menjadi di antara empat pasukan yang terbaik.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang telah merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Bola Sepak Negeri Sabah 2016 dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, dif-dif jemputan dan pemain-pemain bola sepak Negeri Sabah. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Para pemain memperagakan baju jersi pasukan Sabah yang baharu

Para pemain memperagakan baju jersi pasukan Sabah yang baharu. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan