Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAFA pecat O’Callaghan dan Fazrul

safar

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengambil langkah drastik apabila memecat pengurus pasukan, George O’Callaghan dan pemain import dari Singapura, Fazrul Nawaz.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Rhinos, Datuk Seri TC Goh, ketika mengumumkannya di sini sebentar tadi, berkata keputusan itu dibuat berikutan kedua-dua mereka didapati melanggar kontrak dengan pasukan.

Goh berkata, beliau akan mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan Liga Perdana Sabah, berkuat kuasa serta merta.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran pelanggaran syarat kontrak oleh Callaghan dan Fazrul hingga menyebabkan mereka disingkirkan sebelum saingan Liga Perdana bermula, awal bulan depan.

Berikutan keputusan itu, skuad Sabah hanya menggunakan khidmat tiga pemain import iaitu bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf; bekas pertahanan Hull City, Abdoulaye Faye dan penyerang Libya, Eamon Zayed.

“Tugas selaku jurulatih pasukan ketika ini dikendalikan oleh Justin Ganai,” katanya.

Mengenai Datuk Ong Kim Swee yang dikaitkan dengan pasukan itu, Goh berkata, apa pun boleh berlaku.

“Setakat ini apa yang didaftarkan masih kekal Justin sebagai ketua jurulatih. Namun, kita tidak tahu apa bakal berlaku, mungkin ada perubahan sebelum liga bermula,” katanya.- BHarian Online

Komen


Berita Berkaitan